Fiqh: akikah dan hal berkaitan
| Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 31 Okt 2012 |
Pengertian Aqiqah
Al-‘Akikah berasal dari perkataan al-‘Aq (العقّ) yang bermaksud al-Qat’u (القطع) iaitu memotong. Akikah pada asalnya ialah rambut yang berada di kepala bayi ketika dilahirkan dan dinamakan kambing yang disembelih untuk bayi sebagai akikah adalah kerana rambut tersebut dicukur ketika sembelihan itu dilakukan. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud;
“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lalukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)
Yang dimaksudkan dengan kotoran (الأذي) dalam hadis ini ialah rambut yang dicukur daripada anak kecil tersebut.
Dari sudut syarak, akikah bermaksud; binatang yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan. Disunatkan memanggilnya dengan nama nasikah (نسيكة) atau zabihah (ذبيحة).
Dalil pensyariatan akikah ialah hadis Buraidah r.a. yang menceritakan;
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin”. (Riwayat Imam an-Nasai)
Hukum Akikah
Akikah hukumnya adalah sunat muakkad. Dalil sunatnya akikah ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Salman bin ‘Amir r.a. tadi.
Melakukan akikah tidaklah wajib kerana Abdurrahman bin Abi Sa’id meriwayatkan daripada bapanya yang menceritakan bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan dengan akikah? Lalu baginda bersabda, yang bermaksud;
“Aku tidak al-‘Aquq. Sesiapa yang memperoleh anak kecil, lalu ia suka untuk menyembelih (akikah) untuknya, maka lakukanlah”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Dalam hadis di atas, Rasulullah mengikat sembelihan akikah tersebut dengan “ia suka”. Maka ini menunjukkan bahawa akikah tidak wajib. Selain itu, akikah adalah darah yang ditumpahkan (yakni sembelihan yang dilakukan) tanpa disebabkan oleh sebarang jenayah dan juga nazar, maka oleh itu tidaklah wajib sebagaimana korban.
Siapa yang dituntut melakukan akikah?
Orang yang disunatkan melakukan akikah bagi seorang bayi ialah orang yang berkewajipan menanggung nafkahnya. Kerana itu, harga akikah dibebankan kepadanya, bukan kepada bayi. Jika ia melakukan akikah dengan mengambil daripada harta/wang bayi, maka wajib diganti. Hal ini kerana, akikah itu tergolong dalam tabarru’ (derma) dan ditegah wali/penjaga melakukan tabarru’ (derma) dengan harta anak di bawah jagaannya.
Disunatkan mengakikahkan anak apabila mampu. Ukuran kemampuan ialah sebelum tamat tempoh nifas yang terpanjang bagi ibu yang melahirkan bayi tersebut. Jadi, jika seorang wali/penjaga yang menanggung nafkah bayi tidak ada kemampuan untuk melakukan akikah semasa anak dilahirkan, namun jika sebelum tamat tempoh nifas terpanjang itu ia mendapat kesenangan dan mampu melakukan akikah, maka sunat akikah itu masih dituntut ke atasnya. Namun jika sepanjang tempoh nifas tersebut masih susah (yakni masih tidak mampu), maka gugurlah tuntutan akikah itu darinya.
Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari; jika ayah tidak mampu, maka sunat bagi datuknya yang mampu melaksanakan akikah cucunya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ke atas cucunya Hasan dan Husin, kerana yang memberikan nafkah kepada keduanya adalah Rasulullah kerana orang tuanya tidak mampu.
Ibu tidak sunat mengakikahkan anaknya kecuali apabila ayah tidak mampu. Anak zina yang wajib memberi nafkahnya adalah ibunya, maka sunat bagi ibu mengakikahkan anaknya. Ini adalah pendapat Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli. Adapun Syeikh Khatib Syarbini berpendapat; tidak sunat bagi ibu mengakikahkan anak yang dilahirkan kerana zina, sekalipun ia wajib menanggung nafkahnya kerana melaksanakan akikah akan menambah malu kepada anak itu.
Binatang yang sunat diakikahkan
Terhasil sunat akikah apabila wali menyembelih untuk anaknya seekor kambing sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Terdapat riwayat iaitu Saidina Ali menceritakan, yang bermaksud;
“Rasulullah SAW melakukan akikah bagi Hasan dengan seekor kambing dan baginda berkata kepada Fatimah; ‘Cukurlah rambutnya, kemudian sedekahkanlah seberat timbangan rambutnya itu perak’. Ali berkata; Lalu aku menimbangnya, maka beratnya ialah satu dirham atau beberapa dirham.” (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Begitu juga, riwayat daripada Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;
“Rasulullah melakukan akikah bagi Hasan dan Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”. (Riwayat Imam Abu Daud)
Namun yang afdhal (yakni yang paling baik) bagi anak lelaki ialah dua ekor kambing. Hal ini berdasarkan riwayat Ummu Kurzin yang menceritakan; “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (berkenaan Akikah);
“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing.” (Riwayat Abu Daud)
Sembelihan akikah disyari’atkan untuk menzahirkan kegembiraan terhadap kelahiran anak dan kegembiraan dengan lahirnya anak lelaki biasanya lebih besar, oleh itu sembelihan juga digalakkan lebih banyak daripada anak perempuan.
Apakah harus berakikah dengan unta dan lembu? Jawapannya adalah harus iaitu 1/7 bahagian unta atau lembu menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor unta atau lembu boleh dijadikan akikah untuk tujuh orang anak. Dan harus seorang yang ingin melakukan akikah berkongsi lembu atau unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan akikah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk akikah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk dagingnya sahaja.
Seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu/unta hanya bagi seorang anak sahaja. Oleh hal yang demikian, jika seorang itu dilahirkan dua orang anak untuknya, kemudian ia hanya menyembelih seekor kambing sahaja untuk mereka berdua, tidak terhasil ibadah akikah untuknya. Termasuklah jika dua anak itu adalah anak kembarnya. Akikah hendaklah dilakukan mengikut bilangan anak. Bagi seorang anak seekor kambing. Jika dua orang, maka dua ekor kambing dan begitulah seterusnya. Hukum ini adalah berdasarkan hadis riwayat Ibnu ‘Abbas tadi yang menceritakan; “Rasulullah melakukan akikah bagi Hasan dan Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”.
Syarat-syarat binatang yang hendak diakikahkan
Hukum akikah sama seperti hukum korban iaitu sunat muakkad. Oleh itu, syarat binatang akikah sama seperti yang disyaratkan untuk ibadah korban dari segi jenisnya, umurnya dan bebasnya daripada kecacatan yang menyebabkan kurang daging. Begitu juga, ia menjadi wajib apabila dinazar atau ditentukan.
Masa akikah
Bermula masa/waktu melakukan akikah ialah apabila bayi telah sempurna lahir daripada rahim ibunya. Maka jika dilakukan sembelihan sebelum bayi lahir dengan sempurna, tidak dikira sebagai akikah. Hanya menjadi sembelihan untuk daging dan tidak akan mendapat sunat akikah.
Waktu akikah itu berterusan hinggalah bayi yang dilahirkan itu sampai umur baligh. Apabila telah baligh, gugurlah tuntutan akikah daripada penjaganya (seperti bapanya atau sebagainya) jika belum melaksanakannya. Namun digalakkan orang yang tidak diakikahkan sebelum balighnya melakukan sendiri akikahnya.
Walaupun harus dilakukan akikah sebaik saja bayi sempurna lahir, namun disunatkan dilakukan pada hari yang ketujuh kelahirannya bersama dengan memberi nama dan mencukur kepala yang juga disunatkan pada hari tersebut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW;
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan akikahnya; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Ibnu Majah daripada Samurah r.a.)
Begitu juga, Saidatina Aisyah r.a. menceritakan;
“Rasulullah SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi).
Adakah hari ketujuh itu dikira daripada hari lahir atau hari berikutnya? Menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; hari lahir adalah terhitung sebagai hari pertama. Hal ini bermakna hari ketujuh dikira bermula dari hari lahir, bukan dari hari selepasnya. Namun, jika bayi dilahirkan pada waktu malam, dihitung hari berikutnya sebagai hari pertama.
Jika tidak dapat disembelih pada hari ketujuh, disunatkan menyembelih pada hari ke-14 (iaitu seminggu selepasnya). Jika tidak dapat pada hari ke-14, disunatkan pada hari ke-21 dan begitulah seterusnya (seminggu demi seminggu) hinggalah kepada umur baligh. Jika selepas baligh belum juga bayi diakikahkan, tidak dituntut lagi sunat akikah itu daripada wali/penjaganya, akan tetapi digalakkan ia sendiri yang melakukan akikah untuk dirinya.
Jika bayi ditakdirkan mati selepas dilahirkan, apakah sunat juga diakikahkan? Ya, sunat dilakukan juga akikah bagi bayi yang mati sama ada mati sebelum hari yang ketujuh atau selepasnya dengan syarat bapa/penjaga telah berpeluang melakukan akikah ketika berlakunya kematian bayinya (yakni ada kemampuan untuk melakukan akikah, namun ditangguhnya hinggalah ke saat bayinya mati).
Menyembelih dan melapah binatang akikah
Disyaratkan orang yang berakikah meniatkan ketika melakukan sembelihan bahawa binatang yang disembelihnya itu adalah akikah. seperti yang disyaratkan dalam korban.
Disunatkan sembelihan akikah dilakukan pada awal hari (yakni waktu pagi). Menurut Syeikh Taqiyyuddin Abu Bakar al-Husni; disunatkan menyembelihnya ketika terbit matahari. Ketika menyembelih disunatkan membaca Bismillah, bertakbir dan melafazkan;
“Ya Allah, untuk-Mu dan kepada-Mu. Inilah akikah untuk... (sebutkan nama bayi yang diakikahkan untuknya)”.
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan, maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin dan baginda bersabda; kamu ucapkanlah (ketika menyembelih akikah kamu);
“Dengan nama Allah. Allah Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, untuk-Mu dan kepada-Mu. Inilah aqiqah fulan...”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)
Ketika melapah daging akikah, disunatkan tidak mematah atau memecahkan tulang-tulangnya, akan tetapi memotong atau memisahkan tulang-tulang daripada sendi-sendinya. Ini sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan yang baik) bagi keselamatan anggota-anggota bayi yang dilahirkan itu.
Penggunaan/Pengagihan daging akikah
Di sisi ulama mazhab Syafi’ie, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi, hukum akikah dalam masalah bersedekah dengannya, memakannya, memberi hadiah, menyimpannya, kadar yang dimakan dan tegahan menjualnya sama sebagaimana yang disebutkan dalam bab korban, tidak ada perbezaan. Jadi pengagihan daging akikah sunat merangkumi tiga iaitu; dimakan oleh orang yang melakukan akikah dan keluarganya, disedekahkan kepada fakir miskin dan dihadiahkan kepada jiran atau sahabat-handai.
Namun demikian, ada sedikit perbezaan dalam cara pengagihan daging akikah dan daging korban. Daging akikah sunat dimasak iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana dalam korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal daripada memanggil/menjemput mereka ke rumah.
Namun, dikecualikan daripada dimasak itu kaki binatang akikah iaitu sunat diberikan kepada bidan yang menyambut bayi (القابلة) dalam keadaan mentah. Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah menyuruh Fatimah r.a., baginda bersabda, maksudnya;
“Timbanglah rambut Husin dan bersedekahlah seberat timbangannya akan perak. Dan kamu berilah kepada bidan yang menyambutnya akan kaki binatang akikah”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim/al-Jami’ as-Saghir, hadis no. 4567. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini sahih).
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment